800x6001024x768Auto Width
Masa Itu Emas
Main Menu
UTAMA
Hubungi Kami
Takwim aktiviti
Galeri Gambar
Carian
Latar Belakang PKK Sarawak
Buku Pelawat
Login Form





Lost Password?
No account yet? Register
Mesyuarat Tahunan & Ujian Kecergasan J/Latih Pusat KK Kali Ke-4 2008 PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Thursday, 12 June 2008

          Mesyuarat Tahunan & Ujian Kecergasan J/Latih Pusat KK Kali Ke-4 2008 telah diadakan di Paramount Hotel, Sibu dari 03 hingga 06 Jun 2008. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh seramai 89 orang jurulatih dari seluruh negeri Sarawak.

          Banyak usul  dibentangkan dalam mesyuarat kali ini. Antaranya adalah berhubung dengan hala tuju Pusat KK Sarawak, komitmen dan tanggungjawab jurulatih dan profesionalisma kejurulatihan. Mesyuarat tersebut telah ditutup dengan rasminya oleh Yang Berbahagia, Tn. Hj. Mortadza Hj. Alop, Timbalan Pengarah Pelajaran Sarawak.

Sedutan Ucapan Timbalan Pengarah Pelajaran :-

Bersyukur kita kehadrat Allah Yang Mahakuasa kerana dengan limpah kurniaNya, sekali lagi pada tahun 2008 ini Mesyuarat Tahunan dan Ujian Kecergasan Jurulatih Pusat Kokurikulum Negeri Kali ke 4 ini dapat dilaksanakan dengan jayanya di bandar Sibu ini.

Saya bagi pihak Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Pusat Kokurikulum Negeri Sarawak, selaku urusetia yang bertungkus lumus menjayakan Mesyuarat Tahunan dan Ujian Kecergasan Jurulatih pada kali ini. Komitmen yang tinggi daripada semua pihak  telah membuktikan mesyuarat dan uijan kecergasan ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan cemerlang.

Mesyuarat dan Ujian Kecergasan yang dijalankan setiap tahun ini bukanlah sekadar lanjutan tradisi program tetapi membawa maksud yang besar dan penuh bermakna kepada institusi dan personel-personel yang terlibat dalam Pusat Kokurikulum di Negeri Sarawak ini. Kita mempunyai objektif yang hendak dicapai melalui program ini. Banyak perkara yang kita hendak murnikan lagi bila kita berkumpul untuk bermesyuarat, mendengar ceramah, perkongsian pengalaman dan menjalankan aktiviti-aktiviti ujian kecergasan yang telah dirancangkan.

Program seperti ini telah memberi ruang dan peluang kepada personel-personel Pusat Kokurikulum untuk berkongsi maklumat, pengetahuan dan pengalaman serta dapat menilai kembali serta meningkatkan tahap kecergasan dan juga memberi penekanan keutamaan aspek keselamatan dan kebajikan murid dalam pelaksanaan tugas sebagai jurulatih(GURU) dalam pelbagai program/aktiviti pendidikan luar di Pusat Kokurikulum atau di sekolah. Kita melaksanakan mesyuarat dan ujian kecergasan ini, tahun demi tahun dengan harapan dapatannya kelak akan menjadi lebih baik dari tahun ke tahun dan akhirnya dapat mencapai atau membentuk satu “standard of quality” jurulatih yang diiktiraf dan disegani.

Kita biasa mendengar “ Australia Outbound School” dan “Canada Outbound School” yang merupakan satu institusi pendidikan luar dan jurulatih-jurulatihnya diiktiraf seluruh dunia. Mereka ada modul-modul latihan untuk dijadikan rujukan seluruh dunia, ”standard” mereka diguna pakai atau sebagai rujukan untuk menentukan kualiti sesuatu aktiviti. Oleh itu tidak mustahil Pusat Kokurikulum Negeri Sarawak boleh bergerak dan mencapai tahap seperti itu.

Bentuk fiizikal muka bumi kita yang meliputi tanah tinggi, sungai, tasik, laut, hutan dan daratan cukup untuk menyediakan “persekitaran alam semulajadi sebagai Makmal Hidup“ bagi cabaran   dan juga pengalaman pembelajaran kepada murid dan jurulatih (GURU). Apa yang perlu dilakukan ialah kita mesti terus meningkatkan tahap profesionalisme kita (Cabaran PIPP 2006-2010) dalam semua bidang dan bersedia untuk bila keadaan berkehendakkan kita berbuat demikian.

Program ini ada matlamat dan objektif yang tersurat di samping yang tersirat. Dengan kata lain untuk masa hadapan, kita mahukan Pusat Kokurikulum ini wujud sebagai satu institusi kegiatan pendidikan luar yang profesional dan disegani, setaraf dengan negara-negara lain. Kita mahu ia lebih profesional dalam semua perkara baik dari segi pengurusan, modul-modul latihan, aspek keselamatan dan juga personel.

Kegiatan kokurikulum sekarang ini merupakan satu cabang penting dalam bidang pendidikan di negara kita. Peranan sebagai “supplement and complement” kepada kurikulum yang sedia ada, maka amat wajar bidang ini juga mendapat sentuhan profesional. Kepentingan kokurikulum juga semakin difahami oleh ‘stake holder’ kita, dengan wajaran markah sebanyak 10% untuk kemasukan ke institut pengajian tinggi.

Saya percaya dengan segala kepakaran yang sedia ada pada setiap jurulatih, pengurusan Pusat Kokurikulum yang mantap, sokongan padu daripada Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak, hasrat ini lebih mudah dicapai oleh kita semua. “Together Everyone Acheives More” - TEAM

Negeri kita disegani kerana kemantapan politik dan kemajuan dalam bidang ekonominya tetapi kita masih tidak melupakan satu aset penting negara iaitu modal Insan. (PIPP 2006-2010). Pembangunan negara bergantung kepada sejauh mana modal insan itu dibangunkan. Modal insan yang berkualiti bermula dengan ilmu pengetahuan, kemahiran, sahsiah dan budi bahasa yang terpuji akan menjamin keutuhan sesuatu bangsa itu terus dihormati dan disegani.

Penubuhan Pusat Kokurikulum di seluruh negara dapat bagi menyediakan satu pusat latihan bagi program / aktiviti kokurikulum dan pendidikan luar. Kita melihat kepentingan dan peranan Pusat Kokurikulum ini sebagai satu institusi yang dapat menseimbangkan kegiatan kurikulum dan kokurikulum pelajar selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan semasa mesyuarat dan ujian kecergasan ini adalah aktiviti-aktiviti  yang telah biasa dilakukan oleh setiap jurulatih. Apa yang saya hendak perjelaskan di sini ialah bukan sekadar perlakuan aktiviti tersebut, tetapi lebih menjurus kepada soal pengurusan dan pengendalian aktiviti dengan aspek keselamatan diberi keutamaan. Saya difahamkan ada beberapa aktiviti di setiap Pusat Kokurikulum ini merupakan ”high risk activities”, jadi saya ingin menegaskan bahawa aspek-aspek keselamatan perlu diberi keutamaan.

Tidak kira sama ada aktiviti itu “high risk” atau “low risk”. Saya juga berharap agar “risk management” ini difahami dengan jelas oleh semua personel supaya “Klien kita” (Murid) dapat melakukan aktiviti dengan selamat seterusnya menikmati keseronokan  dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan luar ini. Kita tidak mahu Pusat Kokurikulum dicemari oleh insiden-insiden yang sepatutnya kita boleh elakkan daripada berlaku. Semoga tidak ada laporan di mana-mana media tentang keburukan dan kecuaian Pusat Kokurikulum dalam mengendalikan aktiviti untuk klien kita.

Pengalaman masa lampau perlu dijadikan panduan, ceramah berhubung Dasar dan Visi Penubuhan Pusat KK, Peranan dan Akuantabiliti Jurulatih  yang disampaikan merupakan satu wadah untuk semua personel berkongsi pengetahuan dan pengalaman dalam bidang pendidikan luar. Perkongsian pengalaman oleh Cikgu Abg. Kamaluddin, Jurulatih Pusat Kokurikulum dalam mengharungi ‘XPDC Kayak’ secara solo dari Kapit ke Kuching juga memberi manfaat kepada semua jurulatih. Banyak perkara dan panduan yang baik boleh dikutip dari sini. Ini merupakan satu modal atau aset kepada kita semua untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya. Saya berharap semua jurulatih Pusat Kokurikulum Jabatan.

 

“ RELA DIPIMPIN UNTUK MEMIMPIN”

 

Last Updated ( Thursday, 12 June 2008 )
 
< Prev   Next >
Berita Ringkas

Wassup!!

05-09 Julai 2010

Perkhemahan Pendidikan Luar Murid Sekolah Menengah Peringkat Negeri 2010

 
PESANAN VEST RASMI PKK
Harga : Vest-RM65.00, Topi-RM10.00 (RM75.00)
No. Acc : GIRO BSN 14128-29-88089430-7
Sila Hubungi/SMS Bendahari BKJPKNS Tn. Angelina Suzie (0194595635) selepas membuat pembayaran. Sila nyatakan :-
1. Nama
2. Alamat Sekolah
3. Saiz
4. No HP




 

Untuk pertanyaan, sila hubungi kami melalui Tel: 082846354 atau Fax: 082846436. Kami sedia membantu anda.

 
Kalendar Aktiviti
September 2010 October 2010
Su Mo Tu We Th Fr Sa
Week 35 1 2 3 4
Week 36 5 6 7 8 9 10 11
Week 37 12 13 14 15 16 17 18
Week 38 19 20 21 22 23 24 25
Week 39 26 27 28 29 30
Post New Event Post New Event
Aktiviti terkini
Perkhemahan Integrasi Muri Sekolah Rendah
September 27 (2:00 pm) - October 01 (11:59 pm), 2010
(Program Pelajar SR) (Lepasan UPSR)

Perkhemahan Integrasi Murid Sekolah Menengah
October 18 (2:00 pm) - October 22 (11:59 pm), 2010
(Program Pelajar SM) (Lepasan PMR)

Pentarafan Jurulatih Pusat Kokurikulum Negeri
October 27 (2:00 pm) - October 31 (11:59 pm), 2010
(Program Jurulatih)

View Full Calendar
Add New Event
Polls
Pendapat Anda Mengenai Laman Web PKK Sarawak
 
Di Talian Sekarang