800x6001024x768Auto Width
Latar Belakang Pusat Kokurikulum Negeri Sarawak PDF Print E-mail
Written by Kwan Ah Phin   
Wednesday, 11 July 2007

Pusat Kokurikulum Negeri Sarawak ditubuhkan pada tahun 1995 di kawasan tapak tanah seluas 15 ekar, bersebelahan dengan SMK Santubong. Ia terletak kira-kira 35 km dari Pusat Bandaraya Kuching. Pusat Kokurikulum Negeri Sarawak, juga dikenali sebagai Kem Santubong, mempunyai keunikannya tersendiri, iaitu sebuah pusat kokurikulum yang kaya dengan khazanah alam semulajadi seperti gunung, hutan, sungai dan laut. Kedudukannya terletak di antara sebuah pantai (dinamakan Pantai Puteri) di Laut Cina Selatan dan sebuah gunung yang mempunyai lagenda tersendiri iaitu Gunung Santubong.

Last Updated ( Tuesday, 05 February 2008 )
 
< Prev